Sunday, September 16, 2007

Kegunaan dan Khasiat Buah Manggis

Manggis (Garcinia mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah".
Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.

Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.
Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk membuka dan mengambil isinya.

Khasiat :

Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikokside.
Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit manggis dihiris & jemur hingga kering untuk dijadikan serbuk. Masuk dalamcapsule.Ambil setiap hari. Dekat US harga sebotol jus kulit manggis adalahRM900.00+.Benda ni ada depan mata, mengapa kita buang sahaja???? Pernah terbaca satu artikel tentang manggis ialah :

KHASIAT KULIT MANGGIS :

1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)
2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)
3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )
4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)
5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)
6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/panik/cemas)
7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)
8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.
9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system
10. Anti-aging(Anti penuaan)
11. Anti-oxidant(Buang toxic dalam badan)
12. Anti-viral (membunuh kuman)
13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)
14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)
15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantikkan kulit)
16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol â?~jahatâ?T)
17. Anti-atherosclerotic (prevents hardening of arteries)
18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)
19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)
20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, helps lower blood sugar/kurangkan gula dalam darah)
21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)
22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)
23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)
24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)
25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)
26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)
27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)
28. Anti-Parkinson
29. Anti-diarrheal
30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)
31. Anti-vertigo (prevents dizziness)
32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)
33. Anti-cataract (prevents cataracts)
34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangiseluruh badan.

GOUT :

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan.Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.

Caranya :

1. Ambil buah manggis
2. Kupas
3. Isi dia enak di makan
4. Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
5. Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.


Harian Metro Jus buah manggis
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

PENGGEMAR produk minuman kesihatan di negara ini kini berpeluang merasai sendiri khasiat buah manggis melalui XanGo Juice, jus yang dihasilkan daripada keseluruhan buah berkenaan termasuk kulitnya.Presiden Pembangunan Antarabangsa dan Perhubungan Pengedar XanGo LLC, Joseph Morton, berkata minuman berkenaan akan mula diperkenalkan kepada pengguna di negara ini mulai bulan ini.Beliau yang juga pengasas bersama produk berkenaan berkata, kajian yang dijalankan pihaknya mendapati buah manggis yang digunakan masyarakat Asia Tenggara sejak sekian lama terbukti mempunyai pelbagai khasiat kepada kesihatan.“XanGo Juice dihasilkan daripada keseluruhan buah berkenaan termasuk kulitnya. Oleh itu pengguna akan dapat menyerap lebih banyak khasiat daripada buah manggis.

“Jus ini kaya dengan ‘xanthones’ iaitu sejenis bahan antioksida yang sangat berkesan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.Morton berkata, puluhan kajian membuktikan buah manggis memberi pelbagai khasiat kepada tubuh seperti menjaga sistem kardiovaskular, sistem pernafasan, usus, menyokong fungsi sendi dan tulang rawan, menguatkan sistem pertahanan badan serta meneutralkan radikal bebas. “Pengguna Islam tidak perlu bimbang kerana jus ini dijamin halal dan sudah mendapat status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).“Setakat ini sambutannya amat menggalakkan dan kami mensasarkan jualan memberangsangkan di seluruh negara. Apa yang menarik jus ini boleh diminum semua peringkat umur,” katanya.Beliau berkata, jus berkenaan dijual melalui ribuan pengedar yang sudah dilantik di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan semakin mendapat sambutan.XanGo Juice didatangkan dalam botol bersaiz 750 mililiter dan dijual pada harga RM160 setiap satu.Produk itu yang diperkenalkan di pasaran global November 2002 kini mempunyai 750,000 wakil pengedar di seluruh dunia. Operasinya di Kuala Lumpur berpusat di Menara UBN, No 10 Jalan P Ramlee.

Maklumat lanjut mengenai produk berkenaan boleh didapati dengan melayari laman web www.xango.com artikel di Majalah Kesihatan.

Ekstrak kulit manggis dijual USD240 di USA atau RM900.00